TARIKH

:       05 APRIL 2019 ( JUMAAT )

MASA

:       2.30 PETANG HINGGA 5.30 PETANG

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       10 ORANG

 

TUJUAN

1.     Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan JobStreet.my dalam membantu calon-calon untuk mencari pekerjaan.

2.     Membantu belia sekitar ini untuk mengisi kekosongan jawatan melalui laman web ini.

3.     Memberi kemudahan internet kepada para belia untuk mengisi jawatan dengan selesa.

4.     Memberi panduan tentang beberapa perkara yang perlu diisi dan disemak.

5.     Berkongsi ilmu pengetahuan bagi yang kurang berkemahiran dalam penggunaan internet.

6.     Memberi pendedahan tentang modul advokasi yang terbaharu iaitu tentang sexting.

 

AKTIVITI

1.     Petugas memberikan taklimat ringkasan berkenaan penggunaan laman web atau portal JobStreet.my ini

2.     Kemudian petugas bertanyakan kepada peserta tentang jawatan yang ingin dipohon.

3.     Seterusnya, petugas menyemak senarai sijil-sijil yang perlu mereka ada untuk diisikan ke portal.

4.     Kemudian para peserta mengisi sambil dibantu petugas untuk lebih kefahaman.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

TARIKH

:       31 MAC 2019 ( AHAD )

MASA

:       8.30 PAGI HINGGA 1.30 TENGAH HARI

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       146 ORANG

 

TUJUAN

1.         Mengeratkan silaturrahim diantara para petugas Pusat Internet Pedas dan warga komuniti.

2.         Mendekatkan para pengunjung dengan aktiviti-akitiviti yang melibatkan penggunaan komputer.

3.         Mempromosikan nama Pusat Internet Pedas kepada mata masyarakat.

4.         Menghargai jasa dan masa para pengunjung yang hadir untuk diperuntukkan pada program ini.

5.         Berkongsi ilmu berkenaan kempen-kempen advokasi SKMM kepada mereka.

6.         Memberi peluang kepada agensi-agensi yang terlibat dalam mempromosikan perkhidmatan mereka.

7.         Memberi peluang kepada para usahawan dalam memperomosi dan menjual produk mereka kepada para pengujung.

8.         Memberi keistimewaan kepada para pengunjung yang hadir untuk menjadi sebilangan dari ahli Pusat Internet Pedas secara percuma.

 

AKTIVITI

1.         Aktiviti dan pameran dijalankan oleh beberapa agensi yang terlibat seperti Koperasi Masjid Dato’ Dr. Haji Mohamad Eusoff Teh Berhad, Usahawan produk kesihatan Unicity Science, Yayasan Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM Ar-Rahnu), Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Pedas. Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, Perpustakaan Desa kampung Pedas Hilir, dan Klinik Kesihatan Rembau.

2.         Aktiviti saringan kesihatan dijalankan secara percuma kepada para pengunjung.

3.         Petugas memberikan taklimat dengan menggunakan slide berkenaan pengenalan internet, peranan SKMM, Klik Dengan Bijak, ‘Online Grooming’, ‘Oversharing’, Buli Siber, Sebenarnya.my, dan penggunaan internet.

4.         Kemudian, pertandingan kuiz advokasi atas talian dijalankan untuk kategori terbuka.

5.         Untuk lebih menarik, pertandingan mewarna secara atas talian diadakan untuk kategori kanak-kanak.

6.         Seterusnya, pertandingan mengarang artikel juga diadakan kepada para peserta kategori belia dan dewasa.

7.         Pertandingan kuiz HBK secara atas talian turut diadakan.

8.         Untuk lebih menarik, sesi bengkel usahawan kecil dijalankan oleh barisan skuad Pusat Internet Pedas dalam demo menghasilkan ‘Cheesekut’ bersama-sama dengan para pengunjung yang hadir.

9.         Cabutan bertuah diadakan yang menjadikan program ini berjalan lancar dengan suasana yang lebih meriah.

10.       Pada akhir program, majlis penutupan majlis diadakan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, dan cenderamata untuk tetamu jemputan khas.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

TARIKH

:       15 MAC 2019 ( JUMAAT )

MASA

:       9.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

LOKASI

:       PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       3 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu para belia dalam menghasilkan resume yang lengkap.

2.         Berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan ciri-ciri resume yang menarik.

3.         Memberi tunjuk ajar tentang penggunaan resume dalam struktur memohon pekerjaan.

4.         Memberi panduan tentang cara-cara mengisi jawatan kosong di JobStreet.com.

5.         Berkongsi tentang Portal Sebenarnya.my dalam kehidupan seharian.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberikan panduan berkenaan contoh-contoh dan idea berkenaan resume yang baik untuk memohon pekerjaan.

2.         Petugas juga berkongsi tentang antara ciri-ciri resume yang baik dan menarik untuk diberi pada bakal majikan.

3.         Kemudian petugas memberi panduan tentang penggunaan JobStreet.com dalam mencari pekerjaa.

4.         Di akhir aktiviti, petugas berkongsi maklumat berkenaan Portal Sebenarnya.my untuk diperlihatkan oleh para peserta.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

TARIKH

:       22 MAC 2019 ( JUMAAT )

MASA

:       8.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

LOKASI

:       SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG  

       REMBAU

BIL PESERTA

:       172 ORANG

 

TUJUAN

1.         Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan media sosial dengan bijak.

2.         Berkongsi ilmu berkenaan kempen-kempen advokasi SKMM kepada mereka.

3.         Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keburukan penggunaan internet yang berlebihan terutamanya menerusi laman sosial.

4.         Memberi penerangan tentang beberapa agenda pemangsa media sosial terhadap mangsa menerusi media sosial.

5.         Berkongsi maklumat yang penting berkenaan langkah-langkah bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa seksual menerusi media sosial.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberikan taklimat dengan menggunakan slide berkenaan pengenalan internet, peranan SKMM, Klik Dengan Bijak, ‘Online Grooming’, ‘Oversharing’, Buli Siber, ‘Sexting’, dan Kawal Selia Kendiri.

2.         Untuk lebih menarik, petugas menjalankan beberapa aktiviti seperti kuiz spontan bersama-sama dengan para pelajar.

3.         Di akhir aktiviti, petugas memberi penerangan agar perkara-perkara seperti yang telah dibincangkan tidak berlaku kepada diri mereka.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

TARIKH

:       09 MAC 2019 ( SABTU )

MASA

:       10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

LOKASI

:       BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:       6 ORANG

 

TUJUAN

1.         Menyediakan latihan asas komputer yang boleh dipelajari dengan baik oleh para peserta.

2.         Menambahkan ilmu pengetahuan tentang beberapa jenis laman web e-pembelajaran yang boleh dipelajari oleh para peserta berbanding hanya perkara yang sama.

3.         Membantu para peserta berkenaan seni visual melibatkan poster dan flyers.

4.         Memberi tunjuk ajar tentang kempen advokasi SKMM berkenaan perkongsian yang berlebihan di media sosial.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberikan taklimat ringkas tentang fungsi laman web PosterMyWall.com, serta cara penggunaannya.

2.         Kemudian petugas bersama-sama dengan peserta dalam latihan tersebut untuk saling memberi tunjuk ajar.

3.         Para peserta bertanyakan pelbagai soalan berkenaan laman web berkenaan kepada petugas untuk lebih kefahaman.

4.         Di akhir aktiviti, petugas memberi taklimat ringkas berkenaan perkongsian yang berlebihan di media sosial.

 

( GAMBAR DISINI )