TARIKH |
: |
28 SEPTEMBER 2018 ( SABTU ) |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI |
LOKASI |
: |
PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
36 ORANG |
TUJUAN
1. Memupuk cintakan membaca dalam kalangan para peserta.
2. Memberi pendedahan berkenaan teknologi ICT dengan penggunaan kemudahan komputer yang sedia ada.
3. Berkongsi maklumat tentang kepentingan penggunaan internet dengan cara yang betul.
AKTIVITI
1. Para peserta membuat lawatan ke Perpustakaan Desa Pedas Hilir dan melakukan aktiviti membaca dan mencipta topi kreatif.
2. Kemudian para peserta berkunjung pula ke Pusat Internet Pedas (PI Pedas) bagi beberapa aktiviti.
3. Untuk lebih ceria, petugas mengadakan sesi zumba sebelum aktiviti mengenal alatan di PI Pedas dijalankan.
4. Petugas menerangkan beberapa fungsi Pusat Internet Pedas kepada para pelajar dan guru-guru mereka.
5. Seterusnya, aktiviti mewarna dijalankan bertemakan memperingati Hari Kebangsaan.
6. Pada akhir sesi, maklumat berkaitan Klik Dengan Bijak kepada para peserta, ibu bapa dan guru-guru.
(GAMBAR DISINI)
TARIKH |
: |
21 SEPTEMBER 2018 ( JUMAAT ) |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
10 ORANG |
TUJUAN
1. Mengasah bakat para peserta dalam pembikinan video pendek.
2. Dapat memperkenalkan kepada para peserta antara website yang boleh mereka gunakan untuk membuat video.
3. Memberi pengajaran dan pendedahan berkenaan kesan jenayah buli siber kepada diri setiap mangsa.
AKTIVITI
1. Petugas bertanyakan kepada para peserta tentang pengalaman bagi mereka yang pernah menggunakan beberapa aplikasi dan website untuk membuat video.
2. Kemudian petugas memaparkan antara video yang pernah dihasilkan oleh salah seorang daripada para peserta melalui paparan YouTube.
3. Seterusnya petugas menerangkan fungsi website Biteable.com sebagai asas untuk para peserta menghasilkan karya video berdurasi pendek seperti video paparan iklan.
4. Para peserta diminta untuk membuat satu video iklan sebagai seorang pemilik sebuah restoran dalam mempromosikan restoran milik mereka kepada orang ramai.
5. Pada akhir sesi, para peserta diterangkan oleh petugas tentang kesan jenayah buli siber kepada mangsa.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: |
14 SEPTEMBER 2018 ( JUMAAT ) |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
CYBER HALL PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
8 ORANG |
TUJUAN
1. Membantu peserta untuk membina laman sosial Facebook sendiri
2. Menerangkan kebaikan serta keburukan dengan adanya laman sosial Facebook ini.
3. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah selain dapat menigkatkan lagi pengetahuaan.
AKTIVITI
1. Pelajar diberikan sedikit taklimat berkenaan aktiviti kelas yang akan dilakukan.
2. Petugas membantu para peserta mencipta email sendiri seterusnya membina laman sosial Facebook sendiri.
3. Para peserta juga diberikan taklimat berkenaan kebaikan media sosialserta cara penggunaan yang bijak.
4. Akhir kelas, petugas memberikan sedikit taklimat berkenaan program Dashboard Komuniti kepada peserta.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: |
15 SEPTEMBER 2018 ( SABTU ) |
MASA |
: |
2.30 PETANG HINGGA 5.30 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
6 ORANG |
TUJUAN
1. Membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.
2. Mengasah bakat peserta dalam menghasilkan video berbentuk animasi.
3. Memberi penerangan serba sedikit berkenaan beberapa jenis aduan dan maklumat palsu yang kerap berlaku melalui internet.
AKTIVITI
1. Para peserta diminta mengulangkaji semula latihan ICT yang telah dilakukan sebelum ini.
2. Kemudian petugas meminta para peserta untuk melakukan beberapa aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer.
3. Untuk mengasah bakat para peserta dalam membuat video animasi, peserta diminta untuk membuat satu video animasi ringkas dengan menggunakan PowToon.com.
4. Pada akhir sesi, petugas menerangkan serba sedikit berkenaan beberapa kes melibatkan aduan dan maklumat palsu sambil memaparkan contoh video melalui YouTube.
( GAMBAR DISINI )
TARIKH |
: |
7 SEPTEMBER 2018 |
MASA |
: |
4.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
1. Untuk memantapkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet dalam menghasilkan poster yang kreativiti.
2. Membantu meningkatkan lagi pengetahuan Am berkenaan Negara Malaysia dan Institusi Diraja.
3. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah selain dapat menigkatkan lagi pengetahuaan.
AKTIVITI
1. Pelajar diberikan sedikit taklimat berkenaan aktiviti kelas yang akan dilakukan.
2. Petugas memberikan tajuk dan ciri-ciri yang perlu ada dalam poster yang bakal dibina.
3. Peserta diberikan kebebasan dalam membina poster samada menggunakan Microsoft powerpoint mahupun apa-apa perisian atau internet.
4. Diakhir kelas, petugas memberikan sedikit taklimat berkenaan program Advokasi-Penyebaran Maklumat Di Media Sosial.