TARIKH

:

2 SEPTEMBER 2018

MASA

:

3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL. PESERTA

:

5 ORANG

 

TUJUAN

1.         Untuk memantapkan lagi kemahiran dalam penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan.

2.         Memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk memilih gambar di Google Image seterusnya memuat turun gambar tersebut.

3.         Membantu pelajar yang berminat untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Pedas.

 

AKTIVITI

1.         Pelajar diberikan sedikit taklimat berkenaan aktiviti kelas yang akan dilakukan.

2.         Petugas memberikan modul ulangkaji dan amali Microsoft Powerpoint kepada pelajar sebagai rujukan kelas terdahulu.

3.         Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk memilih gambar yang bersesuaian seterusnya memuat turun gambar tersebut dan dimasukkan ke dalam Powerpoint.

4.         Diakhir kelas, pelajar diberi taklimat dan dipertontonkan dengan video berkenaan Online Grooming.

 

(GAMBAR DISINI)

 

 

TARIKH

:

24 OGOS 2018 ( JUMAAT )

MASA

:

3.00 PETANG – 6.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL. PESERTA

:

7 ORANG

 

TUJUAN

1.     Dapat menaikkan sifat patriotik dalam kalangan peserta.

2.     Menanamkan sifat cintakan tanah air dalam diri para peserta.

3.     Membina jati diri sebagai bangsa yang berjaya.

4.     Menerapkan nilai harmoni dalam diri para peserta, seiring dengan membangunnya tanah air Malaysia.

 

 

AKTIVITI

1.     Petugas bercerita tentang perjuangan nenek moyang dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada penjajah pada zaman dahulu.

2.     Kemudian para peserta berkongsi apa kenikmatan hidup yang mereka perolehi setelah mencapai kemerdekaan pada zaman ini.

3.     Para peserta dan petugas berkongsi perasaan tentang maksud dan erti Hari Kebangsaan pada diri mereka.

4.     Seterusnya, petugas meminta para peserta untuk membuat hasil seni yang melambangkan peringatan mereka terhadap Hari Kebangsaan 2018 ini.

 

 

(GAMBAR DISINI)

 

 

 

 

 

TARIKH

:

12 OGOS 2018 ( AHAD )

MASA

:

2.00 PETANG – 5.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL. PESERTA

:

5 ORANG

 

TUJUAN

1.    Kelas ini bertujuan untuk membantu para peserta mencipta Gmail persendirian bagi memudahkan urusan menghantar kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu mereka mahupun memudahkan segala kerja yang melibatkan penggunaan email.

2.    Selain itu, tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan dalam memberi maklumat diri di dalam internet serta keburukannya.

 

AKTIVITI

1.   Para peserta diajar cara untuk menggunakan Gmail dan cara untuk mendaftar akaun masing-masing.

2.   Peserta turut diajar untuk menghantar email dan menyemak email yang masuk serta lain-lain keperluan di dalam Gmail.

3.  Diakhir kelas, peserta diberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan dalam memberi maklumat diri di internet mahupun media sosial.

 

(GAMBAR DISINI)

 

 

 

TARIKH

:

18 OGOS 2018 ( SABTU )

MASA

:

2.00 PETANG – 5.00 PETANG

LOKASI

:

BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL. PESERTA

:

8 ORANG

TUJUAN

1.    Kelas ini bertujuan untuk membantu para peserta mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah selain dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan am masing-masing.

2.    Selain itu, tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Klik Dengan Bijak mengenai Buli Siber.

 

AKTIVITI

1.   Para peserta dikehendaki menjawab soalan pengetahuan am mengenai Malaysia yangtelah disediakan oleh petugas.

2.  Diakhir kelas, peserta diberi taklimat mengenai buli siber yang sering terjadi dan langkah-langkah pencegahan.

 

( Gambar Disini )

 

 

 

TARIKH

:

09 OGOS 2018 ( KHAMIS )

MASA

:

2.00 PETANG – 6.00 PETANG

LOKASI

:

PUSAT INTERNET PEDAS

BIL. PESERTA

:

7 ORANG

 

TUJUAN

1.    Bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Powtoon dalam menghasilkan slide pembentangan serta penyedian untuk pertandingan pembentangan yang akan dijalankan sempena Hari Kemerdekaan nanti.

2.    Dapat membantu peserta mengisi waktu dengan aktiviti yang bermanfaat serta menghiburkan.

 

AKTIVITI

1.   Para peserta diajar cara-cara menggunakan Powtoon serta cara kreatif menghasilkan pembentangan.

2.   Peserta turut diajar untuk menukar latar belakang dan memasukan gambar ke dalam slide.

3.  Diakhir kelas, peserta telah bermain permainan online ( Kahoot Game ) bagi menguji tahap pemikiran kreatif peserta dalam menjawab soalan pantas.

 

( Gambar Disini )