KELAS KEUSAHAWANAN MARY KAY DAN PROMOSI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS
TARIKH |
: |
13 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
5 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta terdiri daripada kategori wanita dan belia sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan produk usahawan Mary Kay selain dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan sampingan komuniti sekitar Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Selain itu, dapat mendalami ilmu kecantikan serta berkongsi tips kecantikan bersama perunding kecantikan Mary Kay. Diakhir kelas, petugas mempromosikan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas kepada para peserta.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, perunding kecantikan membuat sesi pekenalan sebelum aktiviti seterusnya dijalankan. Kemudian, perunding kecantikan memperkenalkan beberapa jenis produk Mary Kay yang terdapat di dalam pasaran. Seterusnya, para peserta diberikna beberapa sampel produk untuk dicuba. Diakhir kelas, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan program dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pedas.
( GAMBAR DISINI )
KELAS MICROSOFT WORD DAN ADVOKASI ( TEKNOLOGI DAN ANDA )
TARIKH |
: |
10 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
4 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta dalam penggunaan computer dan Microsoft Word. Selain itu, peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran belajar ICT dalam diri peserta.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, petugas menyerahkan modul latihan asas Microsoft Word kepada para peserta. Kemudian petugas meminta para peserta unutk membuat bersama-sama latihan yang ada dalam modul tersebut. Seterusnya, para peserta diberikan tugasan dan dikehendaki menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Diakhir kelas, para peserta dipaparkan denga video berkaitan teknologi menerusi Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
ENGLISH CENTRAL DAN KELAS BAHASA INGGERIS SERTA ADVOKASI
TARIKH |
: |
2 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
7 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Selain itu, dpat membantu memperbaiki cara sebutan dan ejaan perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. Tujuan kelas ini diadakan juga adalah unutk berkongsi maklumat tentang kepesatan teknologi baru yang ada menerusi slot Advokasi ( Teknologi Dan Anda ).
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan sambil amali cara menggunakan portal English Central. Seterusnya, para peserta diminta untuk membaca bersama-sama petikan ayat yang terdapat dalam video yang dipertontonkan di portal English Central. Pada akhir kelas, peserta didedahkan dengan beberapa contoh video berkaitan teknologi baru yang terdapat diseluruh dunia melalui Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )
KELAS MOVIE MAKER DAN ONLINE KUIZ ( KAHOOT )
TARIKH |
: |
3 FEBRUARI 2018 |
MASA |
: |
10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
BIL. PESERTA |
: |
8 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perisian Windows Movie Maker. Selain itu, peserta dapat belajar menggunakan perisian Movie Maker untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat video asas yang baik. Para peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT dan Dashboard Komuniti melalui kuiz Kahoot.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, peserta diterangkan mengenai asas-asas berkaitan penggunaan Windows Movie Maker dan seterusnya diberi taklimat bagaimana ingin membuat sesebuah video asas menggunakan Movie Maker. Pada akhir kelas, para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz Kahoot berkaitan ICT dan Dashboard Komuniti.
( GAMBAR DISINI )
LATIHAN ASAS MIRCOSOFT WORD
TARIKH |
: |
27 JANUARI 2018 |
MASA |
: |
9.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG |
LOKASI |
: |
BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEDAS |
PESERTA |
: |
10 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu peserta dalam meningkatkan laki kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word serta memberi semangat kepada para peserta dalam mempelajari ilmu ICT.
AKTIVITI
Pada permulaan kelas, para peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Word dan cara penggunaannya. Para peserta turut dibekalkan dengan buku panduan dan latihan yang telah disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Pedas. Kemudian peserta dikehendaki membuat latihan yang terdapat dalam buku tersebut. Diakhir kelas, petugas memberi taklimat mengenai teknologi dan anda serta memaparkan video teknologi di Youtube.com.
( GAMBAR DISINI )