Ia bukan sekadar lubang jalan raya, ia adalah bagaikan jerangkap samar yang menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit, kerosakan kenderaan dan kecederaan fizikal.

Mangsanya sudah tentu masyarakat khususnya pembonceng motorsikal dan pemandu kereta.

Masalah ini sebenarnya adalah isu global di seluruh dunia. Bayangkan di India, masalah pothole ini menyebabkan lebih 3 ribu kematian setiap tahun. Di US dianggarkan lebih 3 billion USD kerugian dikalangan pengguna jalan raya.

Penyelengaraan jalan raya sebenarnya dibawah tanggungjawab JKR dan pihak berkuasa tempatan. Jika anda alami kerugian atau kecederaan akibat pothole, mengikut undang undang, anda boleh menuntut ganti rugi.

Baru baru ini, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan terhadap seorang individu terhadap kerajaan untuk menuntut pampasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.

Sajid Dilwarkhan mendakwa kemalangan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.

Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Lebih baik ia dicegah dengan memastikan kerosakan jalan raya dilaporkan dan dibaiki dengan kadar SEGERA.

Sumber : Public Health Malaysia

 

1