Ia bukan sekadar lubang jalan raya, ia adalah bagaikan jerangkap samar yang menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit, kerosakan kenderaan dan kecederaan fizikal.

Mangsanya sudah tentu masyarakat khususnya pembonceng motorsikal dan pemandu kereta.

Masalah ini sebenarnya adalah isu global di seluruh dunia. Bayangkan di India, masalah pothole ini menyebabkan lebih 3 ribu kematian setiap tahun. Di US dianggarkan lebih 3 billion USD kerugian dikalangan pengguna jalan raya.

Penyelengaraan jalan raya sebenarnya dibawah tanggungjawab JKR dan pihak berkuasa tempatan. Jika anda alami kerugian atau kecederaan akibat pothole, mengikut undang undang, anda boleh menuntut ganti rugi.

Baru baru ini, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan terhadap seorang individu terhadap kerajaan untuk menuntut pampasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.

Sajid Dilwarkhan mendakwa kemalangan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.

Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Lebih baik ia dicegah dengan memastikan kerosakan jalan raya dilaporkan dan dibaiki dengan kadar SEGERA.

Sumber : Public Health Malaysia

 

1

 

 

 

KTM REMBAU

BERMULA PADA 30 OGOS 2013, PERKHIDMATAN KTM KOMUTER TELAH MEMBUKA LALUAN KE ARAH REMBAU, KADAR TAMBANG PERKHIDMATAN KOMUTER ADALAH BERPATUTAN SESUAI DENGAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN PANTAS.

 

TAMBANG : 

REMBAU - SUNGAI GADUT : RM 1.60

REMBAU - SEREMBAN : RM 2.60

REMBAU - KAJANG : RM 5.80

REMBAU - BANDAR TASIK SELATAN : RM 6.90

REMBAU - KUALA LUMPUR SENTRAL : RM 7.50

REMBAU - RAWANG : RM 9.50

  

 

 

 

 

 

 

 

MASJID DR. HJ. MOHAMMAD EUSUUF TEH

Hajat dan hasrat Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh untuk membina sebuah masjid di tanah yang diwakafkan olehnya akhirnya tercapai apabila pembinaan yang mengambil masa selama 14 bulan itu dapat direalisasikan pada hari ini setelah masjid yang menjadi inspirasi penduduk setempat tersergam indah di Mukim Pedas Hilir.

 

Pembinaan di atas tanah rizab di lot 3303 itu merupakan satu penghargaan penduduk khususnya bagi kariah Pedas Hilir di mana sebelum ini masjid yang diguna-pakai sudah tidak mampu lagi menampung kepadatan jemaah yang ramai berikutan pembangunan dan penempatan yang kian maju di sekitar daerah ini.

 

Umumnya, masjid kariah Pedas Hilir yang dinamakan Masjid Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh merupakan sebuah masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Dr Hj Mohammad Eusuff Teh. Menurut anak sulong allahyaraham, YBhg. Dato’ Mohd Raihan Dato’ Dr Hj Mohammad Eusuff Teh, pembinaan dilakukan berikutan amanat allahyarham yang ingin mewakafkan sebuah masjid bagi kegunaan masyarakat islam di negeri ini.

Pengisytiharan masjid tersebut telah dijayakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad.

YAB Menteri Besar N.Sembilan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan pula telah merasmikan masjid tersebut dengan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa kembali kepada jalan Islam yang sebenar dan sentiasa menjadikan masjid sebagai pusat komuniti masyarakat demi kesejahteraan sejagat.

Masjid Dr Hj Mohammad Eusuuf Teh merupakan majid wakaf yang akan dikelola oleh MAINS sepenuhnya. Ia juga telah diwartakan sebagai rezab masjid melalui WK.NS No:37/30.1.2003 di mana kos pembinaannya menelan 2.5 juta yang mampu menampung lebih dari 1000 jemaah.

Antara yang turut hadir pada Majlis Penyerahan dan Wakaf Masjid tersebut adalah Speaker DUN, YB Dato Razak Mansor, Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin, ADUN Chembong YB Zaiful Bhari Idris, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Najeeb, Pengarah MAINS, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mat Ali Hasan, Pengarah JKR Negeri serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

 

 

ALAMAT MASJID DR HJ MOHAMMAD EUSUUF TEH

LOT 3303, PEDAS HILIR, MUKIM PEDAS DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 

SENARAI NAMA IMAM MASJID DR HJ MOHAMMAD EUSUUF TEH

  • IMAM MOHD NOH BIN AHMAD
  • IMAM OMAR BIN MOHAMED
  • IMAM ABDULLAH BIN JONET