Ikuti perkembangan semasa terkini melalui media sosial Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dapatkan maklumat yang terkini dan sahih hanya di:

Telegram Rasmi MKN :

Twitter Rasmi MKN :

Instagram Rasmi MKN :

Facebook Rasmi MKN :

Terima Kasih Rakyat Malaysia kerana sentiasa bersama kami

 

 1

  

 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan ini mengesahkan hasil dari usaha memperketatkan kawalan dan rondaan persempadanan negara, ATM telah berjaya mengesan dan menggagalkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) - Rohingya dari memasuki Malaysia pada 16 April 2020.

Melalui pengawasan maritim udara, hasil tindakan pantas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menggunakan pesawat C-130H telah berjaya mengesan kehadiran sebuah bot PATI-Rohingya di kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi dan memaklumkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bertindak balas dari maklumat yang diterima tersebut, TLDM telah mengatur gerak dua buah kapal iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR menuju ke lokasi yang dimaklumkan bagi tujuan pengawasan dan pengesahan. Sebuah helikopter Super Lynx dari KD LEKIU telah diterbangkan bagi mendapatkan gambaran jelas para penumpang bot berkenaan sebelum diiring keluar daripada perairan negara oleh kapal TLDM. Di dapati kira-kira 200 orang PATI Rohingya berada di dalam bot tersebut yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kejayaan operasi pengawasan maritim udara adalah usaha bersepadu di antara TLDM dan TUDM serta turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Operasi kawalan keseluruhan persempadanan negara baik di daratan mahupun perairan akan terus diperketatkan oleh ATM. Ini termasuk kerjasama dari agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain seperti kawalan persempadanan daratan Malaysia - Kalimantan di Sarawak antaranya di Teluk Melano hingga ke Lubuk Antu dan persempadanan Limbang (Malaysia - Brunei), Ba'kelalan dan Bario yang kini turut diperketatkan dengan rondaan dan sekatan jalan raya. Kawalan persempadanan daratan tersebut turut melibatkan kerjasama padu antara ATM dan PDRM (PGA) – (seperti gambar yang dilampirkan). Semua aspek pengukuhan kawalan persempadanan ini merupakan usaha bagi menghalang penularan kluster baharu wabak COVID-19 berkemungkinan dibawa oleh kumpulan PATI yang cuba mencerobohi negara.

 

Sumber : FB Markas Angkatan Tentera Malaysia

 

93793718 3737993702938631 3603678385424826368 n

 

 

 

IBU PEJABAT POLIS DAERAH REMBAU

ALAMAT : JALAN SEREMBAN-TAMPIN, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 

BALAI POLIS PEDAS

ALAMAT : JALAN TAMPIN, 71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 

 

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH REMBAU

ALAMAT : JALAN SEREMBAN TAMPIN, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

No. Tel   : 06 - 685 1233
No. Faks : 06 - 685 4444