Seramai 145 orang menjadi korban Denggi sepanjang tahun 2020.
Johor merekodkan kematian tertinggi dengan 43 kematian, Selangor (37), Sabah (17).
Sebanyak 90,304 kes Denggi direkodkan sepanjang tahun lalu.
Tiada rawatan khusus untuk Denggi, pencegahan langkah terbaik.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Topeng muka - sama ada pakai dengan betul (menutup hidung, mulut dan dagu) atau tanggalkan sahaja.
- Dr Noor Hisham
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Kelihatan pucat, cepat letih, pening kepala , lesu, jantung berdebar dan sesak nafas. Itu adalah antara gejala inidividu yang mengalami masalah kurang darah.
Antara punca masalah anaemia adalah akibat kekurangan zat besi, iaitu bahan utama untuk menghasilkan sel darah merah.
Jika anda dari golongan berisiko, elakkan pengambilan minuman berkafien seperti kopi. Bahan polyphenols yang terdapat dalam kopi akan menganggu penyerapan zat besi sehingga 90%.
Tetapi jika anda teringin untuk minum, pastikan ia diambil 1 jam selepas makan.
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Tahukah anda, menunaikan solat 12 rakaat bersamaan dengan 30 minit senaman ringan. Sehari ada 17 rakaat. Tak termasuk berjalan ke surau atau masjid. Masya Allah. Banyaknya kebaikan bersolat kepada kesihatan.
Sumber : FB PUBLIC HEALTH MALAYSIA