Sebarang pertanyaan lanjut mahupun untuk tempahan boleh berhubung dengan :

Puan Hairunnisa Binti Abdul Talib

 

Facebook : https://www.facebook.com/hairunnisa.talib

Instagram : @nisa_nor90

SEREMBAN 24 Mei - Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan program pemberian lesen perniagaan secara percuma yang memasuki tahun keempat kepada mana-mana individu yang ingin menjadi penjaja sepenuh masa atau sementara.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, ini kerana pihaknya menjangkakan pertambahan bilangan peniaga akan mendadak terutamanya menjelang Ramadan, awal bulan depan.

 

Beliau berkata, ia bagaimana pun perlu dimohon dan akan diproses secepat mungkin oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya permohonan yang dikemukakan itu lengkap. "Kerajaan negeri sememangnya menggalakkan seramai mungkin masyarakat untuk berniaga. Kita tiada halangan untuk mana-mana individu untuk berniaga di mana-mana sahaja tetapi perlulah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Mereka yang ingin berniaga sama ada di pasar malam, bazar Ramadan dan sebagainya perlu memiliki lesen. Saya telah arahkan semua PBT supaya memberi kelulusan dengan segera terhadap permohonan mereka sekiranya permohonan lengkap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata adalah tidak tepat wujudnya persepsi kononnya kerajaan membenarkan perniagaan tanpa lesen. "Kita tidak bermaksud untuk menyekat sesiapa pun berniaga...boleh berniaga dan kita tak halang cuma dalam masa yang sama perlulah memiliki lesen yang kita berikan tanpa sebarang bayaran," katanya.

 

Beliau menambah, lesen perniagaan makanan misalnya, memerlukan pemohon mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti melalui proses saringan kesihatan fizikal dan mendapatkan suntikan pelalian typhoid. Jalaluddin turut menambah, kerajaan memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menentukan lokasi perniagaan yang ingin dijalankan namun perlulah mendapat kebenaran oleh PBT bagi memastikan aspek keselamatan lalu lintas, kebersihan dan kesejahteraan awam tidak terganggu.

 

Dalam pada itu beliau berkata mereka yang telah berniaga namun tidak mempunyai lesen dinasihatkan supaya memohon lesen."Kerajaan negeri telah memberikan lesen secara percuma tanpa ada sebarang bayaran dan kita minta penjaja juga boleh memberikan kerjasama yang baik kepada PBT," katanya. - BERNAMA

 

Jalaluddin Alias

 

JALALUDDIN ALIAS

 

SUMBER DARI : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lesen-percuma-untuk-peniaga-di-negeri-sembilan-1.334069#sthash.zuRG16VU.dpuf

Kalendar

April 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30