NAMA

:

NURUL HUDA BINTI MOHD KAMAL

UMUR

:

21 TAHUN

AHLI

:

10 JUN 2019

 

LATAR BELAKANG :

Nurul Huda merupakan salah seorang sukarelawa Pusat Internet Pedas dan kerap terlibat dengan aktiviti yang dijalankan di PIK Pedas. Beliau merupakan anak ke tiga dari empat orang adik beradik. Huda merupakan pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Melaka yang baru menghabiskan pengajian beliau dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada bulan Januari 2020. Setelah menamatkan pengajian, belia merancang untuk mencari pekerjaan tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan pada bulan Mac 2020 beliau terpaksa duduk dirumah seterusnya mendapat idea untuk membuat kek pisang chip bagi mencari sumber pendapatan serta dapat membantu keluarga dalam pada masa yang sama.

 

SEBELUM PENGLIBATAN DENGAN PIK :

Beliau seorang yang pemalu untuk berjumpa dengan masyrakat setempat sebelum diajak oleh kawan-kawan beliau untuk menjadi sukarelawan PIK Pedas. Beliau juga kurang aktif menggunakan Facebook dan Instagram. Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Faktor jual beli ini adalah mudah tapi sukar untuk memasarkan dan mencipta info yang menarik dan kreatif kerana ianya melibatkan kemahiran. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Pedas dapat membantu perniagaan sedikit sebanyak dalam pelbagai aspek sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

 

SELEPAS PENGLIBATAN DENGAN PIK :

Penggunaan IT amat penting dalam pernigaan untuk dipasarkan agar pelanggan mengetahui produk jualan dan pembekal mendapat lebih ramai pelanggan membeli produk dengan reka bentuk yang dipaparkan menarik, penyusunan ayat teratur di media sosial dan sebagainya. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat membantu beliau kerana perkhidmatan pusat internet ini membantu beliau mengenal dan mempelajari IT lebih mendalam lagi . Perkhimatan PIK ini juga membantu beliau dari segi penggunaan komputer untuk beliau mengemaskini Facebook dan Instagram serta membuat reka bentuk di komputer dan juga pembelajaran kemahiran dalam microsoft ward, editing dan pelbagai lagi. Oleh itu, saban hari penglibatan beliau di Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat mengembangkan lagi hasil beliau di media sosial serta beliau juga membantu sahabat yang lain dalam dunia perniagaan.

 

(MAKLUMAT PERNIAGAAN)

 

 

 

NAMA

:

PUAN NORA ISMA BT AB ZAIDI

UMUR

:

40 TAHUN

AHLI

:

07 MEI 2018

 

Latar belakang

Puan Nora adalah seorang wanita yang bekerja sebagai Human Resources di sebuah kilang Nestle’. Beliau mempunyai 4 orang anak. Oleh yang demikian, untuk meneruskan kehidupan, beliau telah membuat duit sampingan dengan jualan pelbagai produk di LAZADA, Beliau memperolehi duit sampingan dari jualan online tersebut dengan menjual pegaga crispy dan mask muka yang dijahit sendiri. Justeru itu, dengan berkat kesabaran dan usaha beliau, hasil duit perniagaan dan kerja di kilang dapat membiayai kehidupannya sekeluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Oleh itu, Pusat Internet Pedas merupakan tunggak utama beliau dalam mempelajari cara pasaran dan menghiasi gambar produk untuk pelanggan di LAZADA. Sebelum beliau mengetahui kewujudan Pusat Internet, terdapat pelbagai permasalan dan persoalan pada diri beliau sehingga terpaksa belajar sendiri cara pasaran dan pelbagai lagi yang melibatkan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan IT amat penting dalam perniagaan untuk dipasarkan terutama peniagaan di LAZADA kerana ianya melibatkan penggunaan ICT dan mempunyai fikiran yang kreatif. Selepas beliau melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, pelbagai ilmu yang beliau memperolehi untuk memasarkan produk dan mereka cipta gambar yang kreatif untuk arikan pelanggan di LAZADA, malahan terdapat permintaan yang tinggi produk yang beliau pasarkan. Beliau Syukur dengan adanya Pusat Internet yang membantu penduduk dengan pelbagai aktiviti.

 

NAMA

:

MUHAMMAD MUIZ NAJMI BIN MOHD YUSDILLA

UMUR

:

13 TAHUN

AHLI

:

28 OGOS 2018

 

Latar belakang

Muiz Najmi merupakan pelajar Sekolah Menengah Dato Undang Haji Adnan dan merupakan anak ke empat dari 4 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Pedas dan seorang pelajar serta kanak-kanak yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pusat Internet Pedas serta aktiviti sekolah mahupun komuniti yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muiz Najmi merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Internet Pedas tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Pedas. Muiz tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Internet Pedas dan kawan-kanwan beliau untuk hadir dan mengikuti kelas serta program ICT Pusat Internet Pedas, Muiz kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Muiz juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanpa memerlukan bantuan petugas Pusat Internet Pedas. Muiz juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Muiz kini kerap datang ke Pusat Internet Pedas bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.

 

 

 

 

NAMA

:

NUR SHUHAIDA NAZIRA BINTI NOORMIZAN

UMUR

:

22 TAHUN

AHLI

:

2015

 

Latar belakang

Cik Shuhaida merupakan seorang pelajar University Teknologi Mara (UITM) di Seremban. Beliau merupakan usahawan pelajar tahun akhir dalam bidang statistic. Menjadi seorang usahawan bagi beliau adalah merupakan satu platform yang dapat membantu beliau untuk menjana pendapatan dan membantu untuk melangsungkan kehidupan sebagai seorang pelajar kerana pada tahun akhir ini banyak duit untuk digunaakan terutaman pada bahagian thesis yang perlu mencetak sehingga ratusan helai. Duit pendapatannya dari hasil jualan online ini sedikit sebanyak bantu beliau dari segi faktor makanan serta membayar duit tambang untuk ke Universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Sebagai seorang pelajar statistic , factor jual beli ini adalah mudah tapi sukar untuk memasarkan dan mencipta info yang menarik dan kreatif kerana ianya melibatkan kemahiran. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Pedas dapat membantu perniagaan sedikit sebanyak dalam pelbagai aspek sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan IT amat penting dalam perniagaan untuk dipasarkan terutama peniagaan online kerana ianya melibatkan penggunaan ICT dan mempunyai fikiran yang kreatif. Selepas beliau melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, pelbagai ilmu yang beliau memperolehi untuk memasarkan produk dan mereka cipta gambar yang kreatif untuk tarikan pelanggan, Petugas di Pusat Internet juga sangat ramah dan ilmu yang diberikan sangat manfaat. Sungguhpun begitu, tempat Pusat Internet juga adalah sangat strategik serta membantu orang kampung dengan perkhidmatan yang diberikan. Selepas melibatkan diri di Pusat Internet, pelbagai ilmu yang saya perolehi terutamanya dari segi Logo, gambar yang menarik dan pelbagai info.

 

 

 

NAMA

:

PUAN HAIRUNNISA BINTI ABDUL TALIB

UMUR

:

29 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

11 SEPTEMBER 2015

NO TELEFON

:

013-6627874

EMAIL

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MEDIA SOSIAL

FB :

IG :

https://www.facebook.com/hairunnisa.talib

@nisa_nor90

 

LATAR BELAKANG :

Puan Nisa merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan beliau sejak Mac 2017 dengan menjual makanan-makanan ringan bercirikan ‘western’, dan ‘ice blended’ di hadapaan rumah beliau. Suami beliau pula membuka gerai menjual burger pada sebelah malah di Pekan Pedas. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa turut dikurniakan 2 orang anak.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PI Pedas, Puan Nisa kurang mahir dalam mempromosikan kek beliau di media sosial selain kurang idea dalam menghasilkan kek yang kreatif dan menarik. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan yang datang agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Hasil daripada mengikuti kelas yang diadakan di PI Pedas, Puan Nisa kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam mempromosikan kek serta berupaya mencari idea dalam menghasilkan kek yang kreatif dan menarik. Puan Nisa juga kini sudah berani terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI Pedas.