NAMA PROGRAM : KLINIK CUB PRIX KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
TEMPAT : TANGKAK RACING TRACK
TARIKH : 21 - 23 DISEMBER 2018 ( JUMAAT - AHAD )
PUTRA AIMAN AMMAR BIN AHMAD MERUPAKAN SALAH SEORANG PENGGUNA DAN SQUAD PUSAT INTERNET PEDAS. BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG WAKIL DARI NEGERI SEMBILAN YANG TERPILIH SETELAH MELEPASI UJIAN MASA DI PERINGKAT NEGERI DIADAKAN DI REMBAU. BELIAU MERUPAKAN PESERTA TERMUDA BERUMUR 14 TAHUN DARI SEMUA PESERTA YANG TERPILIH KE PERINGKAT KEBANGSAAN. DALAM PROGRAM INI, BELIAU DIAJAR MENGENAI CARA-CARA BERLUMBA DI LITAR YANG SEBENAR SELAIN TEKNIK-TEKNIK YANG BETUL DALAM MENGENDALIKAN MOTOSIKAL SERTA CIRI-CIRI KESELAMATAN. SEPANJANG PROGRAM INI, BELIAU MEWAKILI PASUKAN HONDA DAN PADA AKHIR PERLUMBAAN BELIAU TELAH MENAMATKAN PERLUMBAAN DI TEMPAT KE-4. PROGRAM INI MENJADI PENTAS UNTUK PELUMBA-PELUMBA MUDA MENGASAH BAKAT SELAIN MENJADI TEMPAT MENCUNGKIL PELUMBA-PELUMBA BARU BAGI MEWAKILI PASUKAN CUB PRIX DI MALAYSIA SETERUSNYA MEWAKILI NEGARA KE PERINGKAT ANTARABANGSA.
http://pedas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/334-klinik-cub-prix-kbs-peringkat-kebangsaan-2018-grand-final#sigFreeId864e60574d