NAMA

:

NOR FAZIRA BINTI IDRUS

UMUR

:

33 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

7 MEI 2018

EMAIL

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NO TELEFON

:

013-6651915

MEDIA SOSIAL

:

FB : https://www.facebook.com/kelab.kkss

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Suami beliau merupakan seorang usahawan kecil-kecilan. Selain mempunyai perniagaan gerai makan bersama-sama dengan suaminya, Puan Fazira menjadikan perkhidmatan menyediakan pemain-pemain kompang untuk bermain di pelbagai majlis sebagai salah satu perniagaan yang mendapat tempat di kawasan sekitar Negeri Sembilan ini, juga termasuk negeri-negeri yang lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum berkunjung ke PI Pedas, tidak ramai yang mengetahui tentang perkhidmatan bermain kompang yang ditawarkan beliau. Hal ini kerana ketika itu pemain kompang hanya terdiri daripada 5 orang pemain dewasa sahaja. Tambahan lagi, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan beliau secara hebahan kepada group Whatsapp dan secara berbual sahaja dengan rakan-rakan dan saudara-saudara rapat. Setelah rakannya, yang juga Pengurus PI Pedas mengajak beliau untuk menghadirkan diri ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan pihak PI Pedas untuk saling bertukar pendapat tentang penggunaan media sosial dalam memperomosikan perkhidmatan bermain kompang ini.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setelah mendapatkan beberapa maklumat asas bagaimana ingin mempromosikan perkhidmatan beliau secara online, kelab kompang beliau kini semakin dikenali bukan sahaja di Rembau, malahan hampir seluruh Malaysia. Beliau mempromosikan di dalam Facebook, terutama di dalam ‘group’ Facebook yang telah mempunyai ramai ‘likes’. Berikutan ini, setiap minggu aka nada sahaja jemputan majlis-majlis, terutamanya majlis perkahwinan yang memerlukan perkhidmatan bermain kompang daripada kelab kompang beliau.