NAMA

:

MUHAMMAD MUIZ NAJMI BIN MOHD YUSDILLA

UMUR

:

13 TAHUN

AHLI

:

28 OGOS 2018

 

Latar belakang

Muiz Najmi merupakan pelajar Sekolah Menengah Dato Undang Haji Adnan dan merupakan anak ke empat dari 4 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Pedas dan seorang pelajar serta kanak-kanak yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pusat Internet Pedas serta aktiviti sekolah mahupun komuniti yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muiz Najmi merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Internet Pedas tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Pedas. Muiz tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Internet Pedas dan kawan-kanwan beliau untuk hadir dan mengikuti kelas serta program ICT Pusat Internet Pedas, Muiz kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Muiz juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanpa memerlukan bantuan petugas Pusat Internet Pedas. Muiz juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Muiz kini kerap datang ke Pusat Internet Pedas bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.