NAMA

:

NUR SHUHAIDA NAZIRA BINTI NOORMIZAN

UMUR

:

22 TAHUN

AHLI

:

2015

 

Latar belakang

Cik Shuhaida merupakan seorang pelajar University Teknologi Mara (UITM) di Seremban. Beliau merupakan usahawan pelajar tahun akhir dalam bidang statistic. Menjadi seorang usahawan bagi beliau adalah merupakan satu platform yang dapat membantu beliau untuk menjana pendapatan dan membantu untuk melangsungkan kehidupan sebagai seorang pelajar kerana pada tahun akhir ini banyak duit untuk digunaakan terutaman pada bahagian thesis yang perlu mencetak sehingga ratusan helai. Duit pendapatannya dari hasil jualan online ini sedikit sebanyak bantu beliau dari segi faktor makanan serta membayar duit tambang untuk ke Universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Sebagai seorang pelajar statistic , factor jual beli ini adalah mudah tapi sukar untuk memasarkan dan mencipta info yang menarik dan kreatif kerana ianya melibatkan kemahiran. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Pedas dapat membantu perniagaan sedikit sebanyak dalam pelbagai aspek sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan IT amat penting dalam perniagaan untuk dipasarkan terutama peniagaan online kerana ianya melibatkan penggunaan ICT dan mempunyai fikiran yang kreatif. Selepas beliau melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, pelbagai ilmu yang beliau memperolehi untuk memasarkan produk dan mereka cipta gambar yang kreatif untuk tarikan pelanggan, Petugas di Pusat Internet juga sangat ramah dan ilmu yang diberikan sangat manfaat. Sungguhpun begitu, tempat Pusat Internet juga adalah sangat strategik serta membantu orang kampung dengan perkhidmatan yang diberikan. Selepas melibatkan diri di Pusat Internet, pelbagai ilmu yang saya perolehi terutamanya dari segi Logo, gambar yang menarik dan pelbagai info.