NAMA

:

PUAN NORA ISMA BT AB ZAIDI

UMUR

:

40 TAHUN

AHLI

:

07 MEI 2018

 

Latar belakang

Puan Nora adalah seorang wanita yang bekerja sebagai Human Resources di sebuah kilang Nestle’. Beliau mempunyai 4 orang anak. Oleh yang demikian, untuk meneruskan kehidupan, beliau telah membuat duit sampingan dengan jualan pelbagai produk di LAZADA, Beliau memperolehi duit sampingan dari jualan online tersebut dengan menjual pegaga crispy dan mask muka yang dijahit sendiri. Justeru itu, dengan berkat kesabaran dan usaha beliau, hasil duit perniagaan dan kerja di kilang dapat membiayai kehidupannya sekeluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Oleh itu, Pusat Internet Pedas merupakan tunggak utama beliau dalam mempelajari cara pasaran dan menghiasi gambar produk untuk pelanggan di LAZADA. Sebelum beliau mengetahui kewujudan Pusat Internet, terdapat pelbagai permasalan dan persoalan pada diri beliau sehingga terpaksa belajar sendiri cara pasaran dan pelbagai lagi yang melibatkan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan IT amat penting dalam perniagaan untuk dipasarkan terutama peniagaan di LAZADA kerana ianya melibatkan penggunaan ICT dan mempunyai fikiran yang kreatif. Selepas beliau melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, pelbagai ilmu yang beliau memperolehi untuk memasarkan produk dan mereka cipta gambar yang kreatif untuk arikan pelanggan di LAZADA, malahan terdapat permintaan yang tinggi produk yang beliau pasarkan. Beliau Syukur dengan adanya Pusat Internet yang membantu penduduk dengan pelbagai aktiviti.