NAMA

:

NURUL HUDA BINTI MOHD KAMAL

UMUR

:

21 TAHUN

AHLI

:

10 JUN 2019

 

LATAR BELAKANG :

Nurul Huda merupakan salah seorang sukarelawa Pusat Internet Pedas dan kerap terlibat dengan aktiviti yang dijalankan di PIK Pedas. Beliau merupakan anak ke tiga dari empat orang adik beradik. Huda merupakan pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Melaka yang baru menghabiskan pengajian beliau dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada bulan Januari 2020. Setelah menamatkan pengajian, belia merancang untuk mencari pekerjaan tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan pada bulan Mac 2020 beliau terpaksa duduk dirumah seterusnya mendapat idea untuk membuat kek pisang chip bagi mencari sumber pendapatan serta dapat membantu keluarga dalam pada masa yang sama.

 

SEBELUM PENGLIBATAN DENGAN PIK :

Beliau seorang yang pemalu untuk berjumpa dengan masyrakat setempat sebelum diajak oleh kawan-kawan beliau untuk menjadi sukarelawan PIK Pedas. Beliau juga kurang aktif menggunakan Facebook dan Instagram. Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Faktor jual beli ini adalah mudah tapi sukar untuk memasarkan dan mencipta info yang menarik dan kreatif kerana ianya melibatkan kemahiran. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Pedas dapat membantu perniagaan sedikit sebanyak dalam pelbagai aspek sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

 

SELEPAS PENGLIBATAN DENGAN PIK :

Penggunaan IT amat penting dalam pernigaan untuk dipasarkan agar pelanggan mengetahui produk jualan dan pembekal mendapat lebih ramai pelanggan membeli produk dengan reka bentuk yang dipaparkan menarik, penyusunan ayat teratur di media sosial dan sebagainya. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat membantu beliau kerana perkhidmatan pusat internet ini membantu beliau mengenal dan mempelajari IT lebih mendalam lagi . Perkhimatan PIK ini juga membantu beliau dari segi penggunaan komputer untuk beliau mengemaskini Facebook dan Instagram serta membuat reka bentuk di komputer dan juga pembelajaran kemahiran dalam microsoft ward, editing dan pelbagai lagi. Oleh itu, saban hari penglibatan beliau di Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat mengembangkan lagi hasil beliau di media sosial serta beliau juga membantu sahabat yang lain dalam dunia perniagaan.

 

(MAKLUMAT PERNIAGAAN)