NAMA

:

DAMIEN NAUFAL BIN ROHAILI

UMUR

:

11 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

07 JUN 2017

 

LATAR BELAKANG

Damien Naufal merupakan pelajar Sekolah kebangsaan Pedas dan merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Pedas dan seorang pelajar serta kanak-kanak yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan di sekolah mahupun komuniti.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Damien merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Internet Pedas tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Pedas. Damien tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setelah diajak dan dipujuk oleh rakan-rakan dan petugas Pusat Internet Pedas untuk mengikuti kelas dan program ICT Pusat Internet Pedas, Damien kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Damien juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanda memerlukan bantuan petugas Pusat Internet Pedas. Damien juga kini boleh membantu rakanprakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

 

 

 

 

 

 

NAMA

:

MOHD SIDEK BIN HAMIM

UMUR

:

51 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

01 JUN 2015

 

LATAR BELAKANG

Encik Sidek merupakan pesara tentera pada tahun 2008. Kemudian, beliau berpindah ke Taman Pedas Indah setelah beberapa lama membeli rumah kediaman beliau disini. Encik Sidek sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, hasil dari perkahwinan beliau. Setelah bersara, beliau bertekad untuk memulakan sesuatu perniagaan. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil kursus berkaitan selok belok dan asas dalam perniagaan bersama dengan beberapa orang rakan beliau yang juga berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Setelah beberapa ketika, perniagaan pau ini dijalankan beliau bersama ahli keluarga. Perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan bermula dari rumah sahaja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Walaupun telah mengambil kursus perniagaan tersebut dan telah memulakan perniagaan kuih pau ini, Encik Sidek tidak mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer. Hal ini agak merumitkan beliau untuk memberi info tentang produk perniagaan beliau kepada lebih banyak pelanggan di luar sana. Memandangkan beliau merupakan jiran kepada Penolong Pengurus Pusat Internet Pedas (PI Pedas), beliau ada bertanyakan beberapa pendekatan untuk beliau menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan penggunaan asas kemahiran komputer ini. Tambahan lagi, pulangan hasil pernigaan beliau tidaklah berapa memuaskan, in juga antara factor untuk beliau meluaskan kaedah mempromosi ini.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Setelah menyedari kepentingan pengetahuan ICT untuk kepentingan perniagaan beliau, beliau sering berkunjung ke PI Pedas untuk mempelajari asas menggunakan media sosial sebagai batu loncatan beliau bagi mempromosikan hasil produk beliau ini kepada pasaran yang lebih meluas dan dikenali ramai. Setelah beberapa kali menyertai program dan kelas ICT dan dijalankan oleh PI Pedas ketika itu, beliau kini semakin dikenali ramai kerana pau yang berkualiti yang dihasilkan beliau. Tambahan lagi, beliau kini mempunyai kilang kecil di Seberang batu hampar, Rembau untuk tujuan proses pembuatan Pau Sidek. Selain itu, Encik Sidek turut mewujudkan peluang perniagaan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen menjual pau sejuk beku ini. Kini, Encik Sidek memproleh pendapatan RM5000 ke atas untuk setiap bulan, hasil dari perniagaan beliau ini.

 

NAMA

:

MUHAMMAD AMIRUL NAIM BIN ROZAIDI

UMUR

:

11 TAHUN

AHLI

:

11 OKTOBER 2015

 

Latar belakang

Naim merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pedas. Beliau merupakan penduduk di Taman Pedas Indah, iaitu kawasan yang paling hampir dengan Pusat Internet Pedas (PI Pedas).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI Pedas, Naim tidak pandai menggunakan komputer. Tambahan lagi, di rumahnya juga tiada komputer untuk kegunaannya bagi berlatih dan mendapatkan sedikit kemahiran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai beberapa program dan kelas ICT yang dianjurkan oleh para petugas PI Pedas, Naim kini sudah agak mahir menggunakan komputer. Hal ini termasuklah seperti penggunaan Microsoft Word, Microsoft Power Point, YouTube, laman web e-Learning, dan beberapa kemahiran ICT yang lain. Tambahan lagi, terdapat banyak pertandingan ICT yang dianjurkan oleh PI Pedas yang pernah dimenanginya. Namun begitu, Naim masih belajar dan masih mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI1M Pedas bagi menambah ilmu pengetahuannya.

 

 

NAMA

:

NURUL AZWANEE BINTI AHMAD

UMUR

:

23 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

12 DISEMBER 2017

 

LATAR BELAKANG

Cik Wanee merupakan bekas graduan diploma dari Kolej MASA, Puchong, Selangor dalam bidang Diploma in Corporate Administration. Beliau merupakan anak ke tiga dari 5 orang adik beradik. Beliau sekarang bekerja sebagai pembantu pejabat di Pejabat Aduan Rakyat Dun Chembong. Beliau menjalankan perniagaan menjual ayam goreng pedas Korean dan makanan ringan di hadapan rumah bagi menambah pendapatan beliau apabila pulang dari kerja mahupun ketika cuti bekerja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Pedas, beliau kekurangan idea untuk menjalankan perniagaan kerana tiada kemudahan ICT di rumah selain tiada bantuan untuk menjalankan perniagaan. Beliau juga tidak dapat mempromosikan produk jualan beliau secara meluas kerana kurang kenalan di sekitar Rembau. Selain itu, beliau juga kekurangan sumber untuk mempromosikan jualan beliau di atas talian di sekitar rumah beliau. Tambahan lagi, hasil jualan beliau tidaklah terlalu banyak, sekadar cukup memulangkan modal.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Setelah beberapa kali mengunjungi Pusat Internet Pedas (PI Pedas), beliau kini mengetahui kemudahan yang disediakan di PI Pedas untuk mempromosi produk beliau selain turut menyediakan kelas ICT dan usahawan. Beliau kini menjadikan PI Pedas sebagai tempat rujukan serta bantuan untuk mempromosikan ayam goreng pedas Korean bersama keju beliau di internet kerana petugas PI Pedas mempunyai kenalan di sekitar daerah Rembau yang membolehkan beliau menjual produk beliau. Selain itu, beliau juga kini sudah mahir untuk menggunakan komputer setelah mengikuti kelas yang diadakan di PI Pedas. Hasil perniagaan beliau turut bertambah dari bawah RM200 sehari, kini meningkat sehingga RM500 sehari dan lebih.

 

 

 

 

Membuka Kedai Menjual Pakaian Bundle Serta Menjual Jeruk Mangga Secara Atas Talian.

NAMA

:

NOOR NASYOHA BINTI KAMALUDDIN

UMUR

:

25 TAHUN

AHLI

:

26 JUN 2010

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda. Kini, beliau telah mempunyai seorang anak lelaki. Suami beliau bekerja di syarikat perkilangan sebagai seorang Technician. Perniagaan ini dilakukan secara sambilan kerana mereka berdua telah mempunyai beberapa orang pekerja untuk menjaganya. Perniagaan bundle ini adalah perniagaan keluarga mereka. Mereka melakukannya secara kerjasama. Kedai bundle ini dibuka di sebelah rumah beliau sendiri, dan kedai beliau yang lain terletak di Pinggiran Senawang. Bagi jeruk manga asam boi ini pula, beliau hanya menjual secara kecil-kecilan mengikut permintaan para pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke PI Pedas, beliau hanya mempromosikan produk beliau secara hebahan kepada group Whatsapp dan secara berbual sahaja dengan rakan-rakan dan saudara-saudara rapat. Setelah rakannya, yang juga Pengurus PI1Pedas mengajak beliau untuk menghadirkan diri ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan pihak PI Pedas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendapatkan beberapa maklumat asas bagaimana ingin mempromosikan kedai dan produk beliau secara online, perniagaan beliau kini semakin terkenal dalam kalangan penduduk Rembau dan Seremban. Beliau mempromosikan di dalam Facebook, terutama di dalam ‘group’ Facebook yang telah mempunyai ramai ‘likes’.