NAMA

:

MUHAMMAD FADZLY BIN MOHD RIZAL

UMUR

:

12 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

11 SEPTEMBER 2015

NO TELEFON

:

-

EMAIL

:

-

MEDIA SOSIAL

FB :

IG :

-

-

 

LATAR BELAKANG :

Fadzly merupakan pelajar Sekolah kebangsaan Pedas dan merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Pedas dan seorang pelajar serta kanak-kanak  yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan di sekolah mahupun komuniti.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Fadzly merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Internet Pedas tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Pedas. Fadzly tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI :

Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Internet Pedas untuk mengikuti kelas dan program ICT Pusat Internet Pedas, Fadzly kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Fadzly juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanda memerlukan bantuan petugas Pusat Internet Pedas. Fadzly juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Fadzly kini kerap datang ke Pusat Internet Pedas bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.

 

 

 

 

 

 

 

NAMA

:

NUR HAFIFAH BINTI YAACOB

UMUR

:

27 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

19 JANUARI 2018

EMAIL

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NO TELEFON

:

013-7340681

MEDIA SOSIAL

:

FB : https://www.facebook.com/fyfahhennaart.rombau

IG : https://www.instagram.com/fyfahhennaartrembau/

 

LATAR BELAKANG

Puan Fyfah sudah bergelar isteri di usia yang muda. Beliau sudah pun berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Beliau merupakan suri rumah sepanjang masa. Namun minatnya terhadap lukisan inai tangan yang mendalam, membuatnya tertarik untuk belajar dengan lebih serius lagi. Beliau rajin mengikuti kelas-kelas inai untuk Kelab Negeri Sembilan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI:

Sebelum melibatkan diri dalam program yang pernah dianjurkan oleh Pusat internet Pedas. Puan Fyfah hanya memberi perkhidmatan kepada rakan-rakan yang terdekat. Beliau tidak menggunakan sebarang media sosial untuk mempromosikan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI:

Selepas diberi cadangan oleh pengurus Pusat Internet Pedas, beliau membeli telefon pintar yang bagus pencahayaan kameranya. Bertujuan mudah untuk mengambil gambar dengan cantik. Kemudian diberi pengetahuan tentang penggunaan ayat yang menarik untuk diletakkan di ruangan status media sosial. Sebelum ini, pendapatan beliau kurang dari seribu untuk sebulan. Lama kelamaan dengan bantuan penggunaan promosi di media sosial, jadual beliau sangat padat setiap minggu dan memberi keuntungan lebih daripada seribu untuk setiap bulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NAMA

:

MUHAMMAD HAIKAL BIN HAMZAH

UMUR

:

13 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

8 FEBRUARI 2018

 

LATAR BELAKANG

Haikal merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang keempat. Beliau duduk di Taman Pedas Indah, berdekatan dengan Pusat Internet Pedas.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Haikal sangat rajin datang ke Pusat Internet Pedas untuk melayari internet terutamanya melayari YouTube. Walaupun beliau seorang yang pendiam, beliau rajin bertanyakan perihal untuk mengadakan kelas-kelas ICT kerana beliau kurang berkemahiran penggunakan internet, selain YouTube sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setelah beberapa kali melibatkan diri dalam program dan kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas-petugas Pusat Internet Pedas, beliau kini sudah pandai dalam mengendalikan beberapa laman sesawang e-pembelajaran, dan juga pelbagai laman sesawang berbentuk pendidikan dalam membuat poster, blog, dan sebagainya.

 

 

 

 

 

NAMA

:

NOR FAZIRA BINTI IDRUS

UMUR

:

33 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

7 MEI 2018

EMAIL

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NO TELEFON

:

013-6651915

MEDIA SOSIAL

:

FB : https://www.facebook.com/kelab.kkss

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Suami beliau merupakan seorang usahawan kecil-kecilan. Selain mempunyai perniagaan gerai makan bersama-sama dengan suaminya, Puan Fazira menjadikan perkhidmatan menyediakan pemain-pemain kompang untuk bermain di pelbagai majlis sebagai salah satu perniagaan yang mendapat tempat di kawasan sekitar Negeri Sembilan ini, juga termasuk negeri-negeri yang lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum berkunjung ke PI Pedas, tidak ramai yang mengetahui tentang perkhidmatan bermain kompang yang ditawarkan beliau. Hal ini kerana ketika itu pemain kompang hanya terdiri daripada 5 orang pemain dewasa sahaja. Tambahan lagi, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan beliau secara hebahan kepada group Whatsapp dan secara berbual sahaja dengan rakan-rakan dan saudara-saudara rapat. Setelah rakannya, yang juga Pengurus PI Pedas mengajak beliau untuk menghadirkan diri ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan pihak PI Pedas untuk saling bertukar pendapat tentang penggunaan media sosial dalam memperomosikan perkhidmatan bermain kompang ini.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setelah mendapatkan beberapa maklumat asas bagaimana ingin mempromosikan perkhidmatan beliau secara online, kelab kompang beliau kini semakin dikenali bukan sahaja di Rembau, malahan hampir seluruh Malaysia. Beliau mempromosikan di dalam Facebook, terutama di dalam ‘group’ Facebook yang telah mempunyai ramai ‘likes’. Berikutan ini, setiap minggu aka nada sahaja jemputan majlis-majlis, terutamanya majlis perkahwinan yang memerlukan perkhidmatan bermain kompang daripada kelab kompang beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

NAMA PROGRAM : KLINIK CUB PRIX KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEMPAT : TANGKAK RACING TRACK

TARIKH : 21 - 23 DISEMBER 2018 ( JUMAAT - AHAD )

PUTRA AIMAN AMMAR BIN AHMAD MERUPAKAN SALAH SEORANG PENGGUNA DAN SQUAD PUSAT INTERNET PEDAS. BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG WAKIL DARI NEGERI SEMBILAN YANG TERPILIH SETELAH MELEPASI UJIAN MASA DI PERINGKAT NEGERI DIADAKAN DI REMBAU. BELIAU MERUPAKAN PESERTA TERMUDA BERUMUR 14 TAHUN DARI SEMUA PESERTA YANG TERPILIH KE PERINGKAT KEBANGSAAN. DALAM PROGRAM INI, BELIAU DIAJAR MENGENAI CARA-CARA BERLUMBA DI LITAR YANG SEBENAR SELAIN TEKNIK-TEKNIK YANG BETUL DALAM MENGENDALIKAN MOTOSIKAL SERTA CIRI-CIRI KESELAMATAN. SEPANJANG PROGRAM INI, BELIAU MEWAKILI PASUKAN HONDA DAN PADA AKHIR PERLUMBAAN BELIAU TELAH MENAMATKAN PERLUMBAAN DI TEMPAT KE-4. PROGRAM INI MENJADI PENTAS UNTUK PELUMBA-PELUMBA MUDA MENGASAH BAKAT SELAIN MENJADI TEMPAT MENCUNGKIL PELUMBA-PELUMBA BARU BAGI MEWAKILI PASUKAN CUB PRIX DI MALAYSIA SETERUSNYA MEWAKILI NEGARA KE PERINGKAT ANTARABANGSA.