TARIKH

:     24 NOVEMBER 2020 ( SELASA )

MASA

:     2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     2 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu pelajar menyelesaikan kertas kerja keusahawanan Tinggkatan 6 yang lengkap dan mengikut format yang betul.

2.         Memastikan pelajar melakukan kompilasi kandungan kertas kerja mengikut susunan yang betul.

3.         Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada.

4.         Membantu pelajar menyiapkan kertas kerja mengikut masa yang ditetapkan.

5.         Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Cyber Grooming.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.

2.         Pelajar membuat carian Google berkenaan contoh-contoh kertas kerja Keusahawanan yang lengkap dan bertepatan dengan format yang diberikan.

3.         Pelajar sambil dibantu petugas menyiapkan beberapa bahagian daripada kertas kerja masing-masing yang masih belum lengkap.

4.         Petugas memberi tunjuk ajar untuk menggunakan Google Drive dalam menyimpan dokumen atau menghantar tugasan yang telah diberikan.

5.         Pelajar membuat penambahbaikan terhadap kertas kerja masing-masing.

6.         Pada akhir kelas, petugas memberikan taklimat advokasi (Cyber Grooming) kepada pelajar sambil tayangan video turut dipertontonkan.

 

( GAMBAR DISINI )