TARIKH

:     13 FEBRUARI 2020 ( KHAMIS )

MASA

:     2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu pelajar menyelesaikan kertas kerja Perniagaan yang lengkap dan mengikut format SPM yang betul.

2.         Memastikan pelajar melakukan kompilasi kandungan kertas kerja Perniagaan mengikut susunan yang betul.

3.         Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada.

4.         Membantu pelajar menyiapkan kertas kerja Perniagaan mengikut masa yang ditetapkan.

5.         Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Cyber Grooming.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.

2.         Pelajar membuat carian Google berkenaan contoh-contoh kertas kerja Perniagaan yang lengkap dan bertepatan dengan format SPM.

3.         Pelajar sambil dibantu petugas menyiapkan beberapa bahagian daripada kertas kerja Perniagaan masing-masing yang masih belum lengkap.

4.         Petugas memberi tunjuk ajar untuk mengkompilasi semua kertas kerja yang telah dibuat.

5.         Pelajar membuat penambahbaikan terhadap kertas kerja masing-masing.

6.         Pada akhir kelas, petugas memberikan taklimat advokasi (Cyber Grooming) kepada pelajar sambil tayangan video turut dipertontonkan.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     2 FEBRUARI 2020 ( AHAD )

MASA

:     3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Dapat bersama-sama dalam menyokong usaha sama berkenaan kempen buli siber yang semakin meluas ini.

2.         Membantu para peserta dalam memperluaskan idea dan kemahiran mereka dalam pembelajaran komputer (IT)

3.         Dapat menambah ilmu kemahiran dalam penggunaan di komputer seperti Applikasi dan software yang disediakan.

4.         Meningkatkan ilmu pengetahuan.

 

AKTIVITI

1.         Petugas menerangkan serba ringkas tentang penggunaan komputer.

2.         Petugas memberi tunjuk ajar penggunaan komputer.

3.         Pelajar diberi tugasan.

4.         Sesi soal jawab diadakan.

5.         Kemudian para peserta diminta untuk menghasilkan video pendek animasi yang bertemakan Kempen Buli Siber.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     12 JANUARI 2019 ( AHAD )

MASA

:     10.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI

LOKASI

:     BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     8 ORANG

 

TUJUAN

1.         Meningkatkan daya kreatif para peserta dalam menghasilkan poster dengan penggunaan internet dan Microsoft Powerpoint.

2.         Mengulangkaji pelajaran terdahulu untuk lebih kefahaman.

3.         Memberi panduan secara ringkas berkenaan etika penggunaan internet walau dimana jua mereka berada.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi panduan tentang tajuk dan gambar-gambar yang perlu ada di dalam poster mereka.

2.         Kemudian para peserta dikehendaki untuk mencari gambar-gambar tersebut melalui carian Google dan blog menerusi penggunaan internet.

3.         Pada akhir program, panduan berkenaan etika penggunaan internet diperjelaskan kepada para peserta.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     17 JANUARI 2019 ( JUMAAT )

MASA

:     3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Memantapkan ilmu pengetahuan para pelajar dalam pembelajaran yang mereka pelajari sebelumnya.

2.         Meningkatkan daya ingatan terhadap ilmu yang mereka pelajari.

3.         Memberi penghargaan bagi tindak balas yang positif yang ditujukan sepanjang kelas komputer yang mereka hadiri.

4.         Pelajar lebih berhati-hati dalam penggunaan barang elektronik.

5.         Memberi pendedahan dan kesedaran dalam program advokasi yang telah disediakan oleh pihak SKMM.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi penerangan mengenai kuiz yang dikendalikan.

2.         Petugas memberi soalan kepada para pelajar.

3.         Sesi soal jawab diadakan.

4.         Kemudian, petugas memberi penerangan mengenai Advokasi- Check Your Label kepada para pelajar.

5.         Petugas menunjukkan tayangan video di Youtube yang telah disediakan oleh pihak SKMM.

6.         Petugas memberi contoh secara lisan kepada para para peserta tentang barang yang dibenarkan oleh pihak SKMM.

7.         Sesi soal jawab diadakan mengenai Advokasi- Check Your Label.

 

( GAMBAR DISINI )

 

 

 

 

 

TARIKH

:     5 JANUARI 2019 ( AHAD )

MASA

:     3.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

LOKASI

:     BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET PEDAS

BIL PESERTA

:     10 ORANG

 

TUJUAN

1.         Membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah Bahasa Inggeris iaitu memilih buku pilihan mengikut genre masing-masing.

2.         Menambah ilmu pengetahuan berkaitan penggunaan komputer dan ICT.

3.         Membantu para peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

4.         Berkongsi panduan dan maklumat berkaitan Kempen Advokasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pelajar.

 

AKTIVITI

1.         Petugas memberi penerangan berkenaan genre buku seperti yang diminta oleh guru Bahasa Inggeris mereka yang perlu mereka lakukan.

2.         Kulit buku yang dipilih di Google Image hendaklah dimasukkan ke Microsoft Word.

3.         Para peserta saling bertanyakan soalan kepada petugas untuk lebih kefahaman.

4.         Pada akhir sesi, petugas memberi taklimat berkaitan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan internet dan media social sambil menunjukkan video yang telah disediakan di PI Pedas.

 

( GAMBAR DISINI )