PENIAGA PRODUK SALAI DAN PEMILIK KEDAI MAKAN SABAK SALAI

NAMA

:

MOHAMMAD TAQDIR BIN SAJIN

UMUR

:

28 TAHUN

AHLI

:

18 JANUARI 2017

 

LATAR BELAKANG :

Encik Mohammad Taqdir Bin Sajin merupaka anak jati Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Sebelum memulakan perniagaan Kedai Makan Sabak Salai ini, beliau merupakan seorang pekerja di institusi perbankan. Setelah beberapa lama, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan dan memulakan perniagaan di bawah jenama Sabak Salai.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet Pedas, beliau kurang mengenali penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pedas ini. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan perhatian para pelanggan di sekitar ini. Namun setelah mendapatkan nasihat dari Penolong Pengurus Pusat Internet Pedas, beliau sedikit sebanyak mengetahui sumber dalam mendapatkan idea mempromosi perniagaan mereka dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan ini.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :

Selepas kerap mendapatkan beberapa idea dalam mempromosikan secara online di dalam beberapa ‘group’ penduduk di sekitar kawasan Pedas, perniagaan di bawah jenama Sabak Salai telah berkembang dengan majunya. Namun begitu, Pusat Internet Pedas adalah tempat bagi beliau untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang pantas dalam mempromosikan perniagaan beliau. Tambahan lagi, Pusat Internet Pedas menjadi tempat utama bagi beliau mencetak segala dokumen-dokumen yang berkaitan perniagaan beliau.