Mengusahakan Kedai Makan Abang Sam ( Sarapan Pagi Dan Makan Tengah Hari )

NAMA

:

SAMAD BIN HAJI HASHIM

UMUR

:

61 TAHUN

AHLI

:

16 MAC 2017

 

LATAR BELAKANG :

Encik Samad lebih dikenali dengan panggilan Abang Sam meskipun beliau sudah pun berumur 61 tahun. Hal ini kerana sifat beliau yang bersahaja dengan semua lapisan umur, membuatkan beliau sangat disenangi ramai. Beliau merupakan seorang usahawan perniagaan kedai makan untuk sarapan pagi dan di waktu tengah hari. Nama kedai makan beliau adalah Kedai Makan Abang Sam, terletak di Jalan Kampung Sungai Ibor, Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Perniagaan beliau ini dibangunkan bersama-sama dengan ahli keluarga beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :

Sebelum berkunjung ke PI Pedas, beliau tidak mempromosikan kedai makan beliau menerusi laman sosial. Setelah anak-anaknya memberitahu beliau tentang Pusat Internet Pedas, beliau menghadiri beberapa kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PI Pedas.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI :

Setelah mendapatkan beberapa maklumat asas bagaimana ingin mempromosikan kedai dan produk beliau secara online, perniagaan beliau kini semakin terkenal dalam kalangan penduduk Rembau dan Seremban. Beliau mempromosikan di dalam Facebook, terutama di dalam ‘group’ Facebook yang telah mempunyai ramai ‘likes’. Oleh hal yang demikian, kedai makan beliau adalah salah satu kedai makan tengah hari yang popular di daerah ini.