NAMA

:

NURUL AZWANEE BINTI AHMAD

UMUR

:

23 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

12 DISEMBER 2017

 

LATAR BELAKANG

Cik Wanee merupakan bekas graduan diploma dari Kolej MASA, Puchong, Selangor dalam bidang Diploma in Corporate Administration. Beliau merupakan anak ke tiga dari 5 orang adik beradik. Beliau sekarang bekerja sebagai pembantu pejabat di Pejabat Aduan Rakyat Dun Chembong. Beliau menjalankan perniagaan menjual ayam goreng pedas Korean dan makanan ringan di hadapan rumah bagi menambah pendapatan beliau apabila pulang dari kerja mahupun ketika cuti bekerja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Pedas, beliau kekurangan idea untuk menjalankan perniagaan kerana tiada kemudahan ICT di rumah selain tiada bantuan untuk menjalankan perniagaan. Beliau juga tidak dapat mempromosikan produk jualan beliau secara meluas kerana kurang kenalan di sekitar Rembau. Selain itu, beliau juga kekurangan sumber untuk mempromosikan jualan beliau di atas talian di sekitar rumah beliau. Tambahan lagi, hasil jualan beliau tidaklah terlalu banyak, sekadar cukup memulangkan modal.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Setelah beberapa kali mengunjungi Pusat Internet Pedas (PI Pedas), beliau kini mengetahui kemudahan yang disediakan di PI Pedas untuk mempromosi produk beliau selain turut menyediakan kelas ICT dan usahawan. Beliau kini menjadikan PI Pedas sebagai tempat rujukan serta bantuan untuk mempromosikan ayam goreng pedas Korean bersama keju beliau di internet kerana petugas PI Pedas mempunyai kenalan di sekitar daerah Rembau yang membolehkan beliau menjual produk beliau. Selain itu, beliau juga kini sudah mahir untuk menggunakan komputer setelah mengikuti kelas yang diadakan di PI Pedas. Hasil perniagaan beliau turut bertambah dari bawah RM200 sehari, kini meningkat sehingga RM500 sehari dan lebih.