NAMA

:

MOHD SIDEK BIN HAMIM

UMUR

:

51 TAHUN

TARIKH MENJADI AHLI

:

01 JUN 2015

 

LATAR BELAKANG

Encik Sidek merupakan pesara tentera pada tahun 2008. Kemudian, beliau berpindah ke Taman Pedas Indah setelah beberapa lama membeli rumah kediaman beliau disini. Encik Sidek sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, hasil dari perkahwinan beliau. Setelah bersara, beliau bertekad untuk memulakan sesuatu perniagaan. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil kursus berkaitan selok belok dan asas dalam perniagaan bersama dengan beberapa orang rakan beliau yang juga berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Setelah beberapa ketika, perniagaan pau ini dijalankan beliau bersama ahli keluarga. Perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan bermula dari rumah sahaja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Walaupun telah mengambil kursus perniagaan tersebut dan telah memulakan perniagaan kuih pau ini, Encik Sidek tidak mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer. Hal ini agak merumitkan beliau untuk memberi info tentang produk perniagaan beliau kepada lebih banyak pelanggan di luar sana. Memandangkan beliau merupakan jiran kepada Penolong Pengurus Pusat Internet Pedas (PI Pedas), beliau ada bertanyakan beberapa pendekatan untuk beliau menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan penggunaan asas kemahiran komputer ini. Tambahan lagi, pulangan hasil pernigaan beliau tidaklah berapa memuaskan, in juga antara factor untuk beliau meluaskan kaedah mempromosi ini.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET.

Setelah menyedari kepentingan pengetahuan ICT untuk kepentingan perniagaan beliau, beliau sering berkunjung ke PI Pedas untuk mempelajari asas menggunakan media sosial sebagai batu loncatan beliau bagi mempromosikan hasil produk beliau ini kepada pasaran yang lebih meluas dan dikenali ramai. Setelah beberapa kali menyertai program dan kelas ICT dan dijalankan oleh PI Pedas ketika itu, beliau kini semakin dikenali ramai kerana pau yang berkualiti yang dihasilkan beliau. Tambahan lagi, beliau kini mempunyai kilang kecil di Seberang batu hampar, Rembau untuk tujuan proses pembuatan Pau Sidek. Selain itu, Encik Sidek turut mewujudkan peluang perniagaan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen menjual pau sejuk beku ini. Kini, Encik Sidek memproleh pendapatan RM5000 ke atas untuk setiap bulan, hasil dari perniagaan beliau ini.